Unit Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Sibu Tingkat 6 Wisma Persekutuan Lot 462, Persiaran Brooke 96000 Sibu Sarawak. Tel : 6084-330544 samb 207 Fax : 6 084-320964 Email : [email protected]

Berita Blog Post New Entry

Ucapan Penghargaan , Terima Kasih dan Tahniah.

Posted by PPD SIBU on January 4, 2016 at 9:30 PM

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Mr Wong Chong Kung ,Tuan Pegawai Pendidikan Sibu, Pn Hajjah Salemah bt Chali, Timbalan Pegawai Pendidikan PPD Sibu, semua Warga PPD Sibu, Pengetua-Pengetua, Guru Besar-Guru Besar, JK Teknikal kokurikulum serta semua warga Pendidik (guru dan Kakitangan sekolah) dalam menjayakan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2015. Ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan murid-murid kerana menyertai dengan jayanya aktivti kokurikulum dari peringkat negeri ke peringkat yang tertinggi. Terima kasih juga kepada agensi-agensi kerajaan (GO) dan agensi bukan kerajaan MP Sibu, MDLB Sibu dan semua yang bekerjasama mengelola dan menaja aktiviti kokurikulum.

Selamat Bersara kepada Mr Lim Chun Len, Ketua Unit , Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan  PPD Sibu,  Banyak kejayaan diperolehi semasa beliau mengetuai Unit UPPK  seperti  menjadi Johan keseluruhan Anugerah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Sarawak Tahun 2012 & 2013.

Selamat Bertugas di tempat baru kepada rakan- rakan Penolong Kanan Kokurikulum yang dinaikkan pangkat / jawatan  menjadi Pengetua dan Guru Besar. Kepada rakan -rakan  pendidik yang menjawat jawatan PKKK, selamat bertugas. Semoga kecemerlangan, kerjasama semua pihak dan usaha bersungguh ini akan diteruskan pada tahun ini dalam usaha PPD Sibu Menjulangi Pendidikan Negeri Sarawak. Fly Kenyalang Fly, Fly High.

 

Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments