Unit Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Sibu Tingkat 6 Wisma Persekutuan Lot 462, Persiaran Brooke 96000 Sibu Sarawak. Tel : 6084-330544 samb 207 Fax : 6 084-320964 Email : [email protected]

Berita Blog Post New Entry

PENILAIAN 10 % MARKAH KK 2014 BAGI KEMASUKAN KE IPTA 2015/2016

Posted by PPD SIBU on January 8, 2015 at 9:30 PM

Untuk makluman , penilaian 10 % markah kokurikulum merupakan penilaian berterusan penglibatan murid-murid dalam 3 bidang kegiatan kokurikulum (PLKN- Jika berkaitan) sebagai syarat kemasukan murid-murid ke IPTA. Bagi kiraan markah kemasukan ke IPTA sesi 2015/2016, jumlah markah yang dikira adalah Gred Purata Himpunan Markah ( Cummulative Grade Point Average) bagi lima tahun untuk calon SPM adalah 5 tahun penglibatan di dalam kegiatan kokurikulum (2010, 2011, 2012, 2013, 2014) dan tiga tahuna bagi Calon STPM ialah CGPA Tingkatan 5(2012) dan GPA 2013, 2014 semasa Tingkatan 6. Sila rujuk Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Sekolah Menengah Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Edisi 2007 untuk penilaian.

 

Sehubungan itu kerjasama Jawatankuasa Penilaian Markah Kokurikulum sekolah tuan/puan adalah dipohon untuk menilai dan menentukan Markah Kokurikulum 2014 bagi calon SPM, STPM dan STAM sekolah masing-masing dan kemasukkan ke sistem online di laman sesawang http://apps5.moe.gov.my/emkoko/ sebelum tarikh cetakan pada Hari Sabtu 31 Januari 2015.

 

Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

1 Comment

Reply PPD SIBU
9:51 PM on January 8, 2015 
Semua bantahan oleh calon hendaklah diselesaikan di peringkat sekolah (Jawatankuasa Penilaian Kokurikulum Sekolah) kerana KPM menentapkan penilaian ini Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) serta merujuk kepada surat KPM BKK.(KOKU).100-16/08.Jld.6 (32) bertarikh 28 November 2014. Surat daripada Kementerian Pelajaran Malaysia bil KP(BKK.200-15/07.(90) bertarikh 1 Disember 2010 para 4.7 dan Perkara 5 yang telah diedarkan sebelum ini berhubung perkara di atas adalah berkaitan.