Unit Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Sibu Tingkat 6 Wisma Persekutuan Lot 462, Persiaran Brooke 96000 Sibu Sarawak. Tel : 6084-330544 samb 207 Fax : 6 084-320964 Email : [email protected]

Berita Blog Post New Entry

view:  full / summary

Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih

Posted by PPD SIBU on March 16, 2017 at 5:00 AM Comments comments (216)

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Mr Wong Chong Kung ,Tuan Pegawai Pendidikan Sibu, Pn Hajjah Salemah bt Chali, Timbalan Pegawai Pendidikan PPD Sibu, semua Warga PPD Sibu, Pengetua-Pengetua, Guru Besar-Guru Besar, JK Teknikal kokurikulum serta semua warga Pendidik (guru dan Kakitangan sekolah) dalam menjayakan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2016. Ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan murid-murid kerana menyertai dengan jayanya aktivti kokurikulum dari peringkat negeri ke peringkat yang tertinggi. Terima kasih juga kepada agensi-agensi kerajaan (GO) dan agensi bukan kerajaan  dan semua yang bekerjasama mengelola dan menaja aktiviti kokurikulum.

 

Selamat Datang Kepada Mr Kong Chiong Hui, Ketua Unit , Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan PPD Sibu, 

Selamat Bertugas di tempat baru kepada rakan- rakan Penolong Kanan Kokurikulum yang dinaikkan pangkat / jawatan menjadi Pengetua dan Guru Besar. Kepada rakan -rakan pendidik yang menjawat jawatan PKKK, selamat bertugas. Semoga kecemerlangan, kerjasama semua pihak dan usaha bersungguh ini akan diteruskan pada tahun ini dalam usaha PPD Sibu Menjulangi Pendidikan Negeri Sarawak. Fly Kenyalang Fly, Fly High

 

Perancangan Takwim dan Pengelolaan 2017

Posted by PPD SIBU on March 16, 2017 at 5:00 AM Comments comments (0)

Sehubungan dengan itu kerjasama tuan/puan adalah sangat dihargai untuk mencadangkan serta pengesahan tarikh pengelolaan berpandukan tarikh cadangan PPD Sibu dan pertandingan peringkat negeri tahun 2017. Pihak sekolah tuan/puan dimohon menubuhkan jawatankuasa dan membuat perancangan serta melaksanakan aktiviti pertandingan .Memandangkan peruntukan kukurikulum yang sangat terhad, pengelolaan ini bergantung kepada kemampuan sekolah tuan untuk mengelola. Jika terdapat perubahan tarikh pengelolaan, sila maklumkan ke pejabat ini untuk penyelarasan dalam KADAR SEGERA.

 

Tahniah kepada yang telah mengelola. Pengalaman dan dedikasi pihak tuan/puan, pihak jabatan ini percaya , aktiviti –aktiviti berkaitan akan dilaksanakan dengan jayanya

 

Perlantikan Sebagai Tuan Rumah Pengelola Pertandingan Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Peringkat Bahagian Sibu Tahun 2016

Posted by PPD SIBU on March 18, 2016 at 12:20 AM Comments comments (1)

Sehubungan dengan itu kerjasama tuan/puan adalah sangat dihargai untuk mencadangkan serta pengesahan tarikh pengelolaan berpandukan tarikh cadangan PPD Sibu dan pertandingan peringkat negeri tahun 2016. Pihak sekolah tuan/puan dimohon menubuhkan jawatankuasa dan membuat perancangan serta melaksanakan aktiviti pertandingan .Memandangkan peruntukan kukurikulum yang sangat terhad, pengelolaan ini bergantung kepada kemampuan sekolah tuan untuk mengelola. Jika terdapat perubahan tarikh pengelolaan, sila maklumkan ke pejabat ini untuk penyelarasan dalam KADAR SEGERA.

Tahniah kepada yang telah mengelola. Pengalaman dan dedikasi pihak tuan/puan, pihak jabatan ini percaya , aktiviti –aktiviti berkaitan akan dilaksanakan dengan jayanya


Tajuk Tajuk Pertandingan Kokurikulum 2016

Posted by PPD SIBU on March 18, 2016 at 12:20 AM Comments comments (1)

Tajuk - Tajuk Pertandingan Boleh Dimuaturun untuk rujukan dan makluman.

SIJIL PENGHARGAAN DAN PENYERTAAN 2015

Posted by PPD SIBU on January 4, 2016 at 9:40 PM Comments comments (0)

Sijil-Sijil Penyertaan dan Penghargaan sedang diedarkan secara berperingkat bagi PNB 2015

 

Ucapan Penghargaan , Terima Kasih dan Tahniah.

Posted by PPD SIBU on January 4, 2016 at 9:30 PM Comments comments (0)

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Mr Wong Chong Kung ,Tuan Pegawai Pendidikan Sibu, Pn Hajjah Salemah bt Chali, Timbalan Pegawai Pendidikan PPD Sibu, semua Warga PPD Sibu, Pengetua-Pengetua, Guru Besar-Guru Besar, JK Teknikal kokurikulum serta semua warga Pendidik (guru dan Kakitangan sekolah) dalam menjayakan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2015. Ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan murid-murid kerana menyertai dengan jayanya aktivti kokurikulum dari peringkat negeri ke peringkat yang tertinggi. Terima kasih juga kepada agensi-agensi kerajaan (GO) dan agensi bukan kerajaan MP Sibu, MDLB Sibu dan semua yang bekerjasama mengelola dan menaja aktiviti kokurikulum.

Selamat Bersara kepada Mr Lim Chun Len, Ketua Unit , Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan  PPD Sibu,  Banyak kejayaan diperolehi semasa beliau mengetuai Unit UPPK  seperti  menjadi Johan keseluruhan Anugerah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Sarawak Tahun 2012 & 2013.

Selamat Bertugas di tempat baru kepada rakan- rakan Penolong Kanan Kokurikulum yang dinaikkan pangkat / jawatan  menjadi Pengetua dan Guru Besar. Kepada rakan -rakan  pendidik yang menjawat jawatan PKKK, selamat bertugas. Semoga kecemerlangan, kerjasama semua pihak dan usaha bersungguh ini akan diteruskan pada tahun ini dalam usaha PPD Sibu Menjulangi Pendidikan Negeri Sarawak. Fly Kenyalang Fly, Fly High.

 

PENILAIAN 10 % MARKAH KK 2015 BAGI KEMASUKAN KE IPTA 2016/2017

Posted by PPD SIBU on January 4, 2016 at 9:25 PM Comments comments (0)

PENILAIAN 10 % MARKAH KK 2014 BAGI KEMASUKAN KE IPTA 2016/2017 Untuk makluman , penilaian 10 % markah kokurikulum merupakan penilaian berterusan penglibatan murid-murid dalam 3 bidang kegiatan kokurikulum (PLKN- Jika berkaitan) sebagai syarat kemasukan murid-murid ke IPTA. Bagi kiraan markah kemasukan ke IPTA sesi 2016/2017, jumlah markah yang dikira adalah Gred Purata Himpunan Markah ( Cummulative Grade Point Average) bagi lima tahun untuk calon SPM adalah 5 tahun penglibatan di dalam kegiatan kokurikulum (2011, 2012, 2013, 2014, 2015) dan tiga tahun bagi Calon STPM ialah CGPA Tingkatan 5(2013) dan GPA 2014, 2015 semasa Tingkatan 6. Sila rujuk Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Sekolah Menengah Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Edisi 2007 untuk penilaian.

Sehubungan itu kerjasama Jawatankuasa Penilaian Markah Kokurikulum sekolah tuan/puan adalah dipohon untuk menilai dan menentukan Markah Kokurikulum 2015 bagi calon SPM, STPM dan STAM sekolah masing-masing dan kemasukkan ke sistem online di laman sesawang http://apps5.moe.gov.my/emkoko/ sebelum tarikh Tarikh tutup 15 Februari 2016

 

Takwim Kokurikulum 2016

Posted by PPD SIBU on January 4, 2016 at 9:25 PM Comments comments (0)

Takwim Unit Kokurikulum boleh didownload dari bahagian muatturun.

SIJIL BAHAS BAHASA INGGERIS PERINGKAT KEBANGSAAN2014

Posted by PPD SIBU on January 8, 2015 at 9:30 PM Comments comments (1)

1. Penghargaan AJK

2. Penyertaan (Penglibatan 3) kepada murid-murid.

PENILAIAN 10 % MARKAH KK 2014 BAGI KEMASUKAN KE IPTA 2015/2016

Posted by PPD SIBU on January 8, 2015 at 9:30 PM Comments comments (1)

Untuk makluman , penilaian 10 % markah kokurikulum merupakan penilaian berterusan penglibatan murid-murid dalam 3 bidang kegiatan kokurikulum (PLKN- Jika berkaitan) sebagai syarat kemasukan murid-murid ke IPTA. Bagi kiraan markah kemasukan ke IPTA sesi 2015/2016, jumlah markah yang dikira adalah Gred Purata Himpunan Markah ( Cummulative Grade Point Average) bagi lima tahun untuk calon SPM adalah 5 tahun penglibatan di dalam kegiatan kokurikulum (2010, 2011, 2012, 2013, 2014) dan tiga tahuna bagi Calon STPM ialah CGPA Tingkatan 5(2012) dan GPA 2013, 2014 semasa Tingkatan 6. Sila rujuk Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Sekolah Menengah Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Edisi 2007 untuk penilaian.

 

Sehubungan itu kerjasama Jawatankuasa Penilaian Markah Kokurikulum sekolah tuan/puan adalah dipohon untuk menilai dan menentukan Markah Kokurikulum 2014 bagi calon SPM, STPM dan STAM sekolah masing-masing dan kemasukkan ke sistem online di laman sesawang http://apps5.moe.gov.my/emkoko/ sebelum tarikh cetakan pada Hari Sabtu 31 Januari 2015.

 

Takwim Kokurikulum 2015

Posted by PPD SIBU on January 8, 2015 at 9:30 PM Comments comments (0)

Boleh dimuat turun dalam MUAT TURUN

Keputusan Pertandingan Puisi dan Lagu SM peringkat Bahagian Sibu 2013

Posted by PPD SIBU on March 13, 2013 at 8:55 PM Comments comments (0)

Sebanyak 16 pasukan telah mengambil bahagian bagi pertandingan yang telah diadakan di SMK Bukit Lima Sibu pada 8 Mac 2013 yang lalu. Penangguhan rasmi disempurnakan oleh Cik Roja Anyi, Yang Berusaha Pengetua SMK Bukit Lima sebagai wakil Pejabat Pelajaran Daerah Sibu. SMK Sibu Jaya menjadi johan, Naib Johan SMK Rosli Dhoby dan SMK Sacred Heart tempat ke tiga.

Pertandingan Peringkat Negeri akan diadakan di PPD Betong.

Keputusan Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Bahagian Sibu 2013

Posted by PPD SIBU on March 13, 2013 at 8:50 PM Comments comments (0)

12 buah sekolah mengambil bahagian untuk pertandinmgan yang telah berlangsung selama 3 hari mulai 4,5 dan 6 Mac 2013 yang lalu. Majlis penangguhan rasmi telah diadakan pada 6 Mac 2013 oleh wakil PPD Sibu, Yang Berusaha En Clement Chieng Sui Ung, Pengetua SMK St Elizabeth Sibu.

SMK Rosli Dhoby menjadi johan, SMK Agama Naib Johan dan SMK Methodist dan SMK Sacred Heart menduduki tempat ketiga. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang.

Keputusan Pertandingan Choral Speaking SM Peringkat Bahagian Sibu

Posted by PPD SIBU on March 13, 2013 at 8:45 PM Comments comments (0)

Sebanyak 13 buah pasukan sekolah telah menyertai yang melibatkan 540 orang pelajar di Dewan SMK Tiong Hin pada 7 Mac 2013. Majlis penangguhan rasmi telah disempurnakan oleh En Lim Chun Len Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sibu (KU, UPK) . SMK Tiong Hin menjuarai pertandingan tersebut, Naib Johan SMK Methodist dan Tempat ke-3 , SMK Ulu Balingian.

Tahniah kepada semua semua di atas kejayaan dan penganjuran cemerlang.

Keputusan Pertandingan Pesta Pantun SM Peringkat Bahagian Sibu 2013

Posted by PPD SIBU on February 27, 2013 at 5:00 AM Comments comments (0)

Sebanyak 17 pasukan Sekolah Menengah Bahagian Sibu telaha mengambil bahagian dalam Pesta Pantun Peringkat Bahagian Sibu 2013. Tahniah kepada pasukan sekolah SMK Rosli Dhoby yang telah dinobatkan sebaik Johan Pesta Pantun Peringkat Bahagian Sibu 2013. Mana kala pasukan SM Agama sibu mendudukai tempat ke dua. Semoga kemenangan ini akan diteruskan ke Peringkat Negeri di PPD Betong pada awal bulan Mac nanti.

Syabas.

 

Ucapan Penghargaan , Terima Kasih dan Tahniah.

Posted by PPD SIBU on January 7, 2013 at 3:20 AM Comments comments (0)

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Warga PPD Sibu, Pengetua-Pengetua, Guru Besar-Guru Besar, JK Teknikal kokurikulum serta semua warga Pendidik (guru dan Kakitangan sekolah) dalam menjayakan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2012. Ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan murid-murid kerana menyertai dengan jayanya aktivti kokurikulum dari peringkat negeri ke peringkat yang tertinggi. Terima kasih juga kepada agensi-agensi kerajaan (GO) dan agensi bukan kerajaan MP Sibu MDLB Sibu dan semua yang bekerjasama mengelola dan menaja aktiviti kokurikulum. Tahniah kepada PPD Sibu kerana menjadi Johan keseluruhan Anugerah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Sarawak Tahun 2012. Semoga kecemerlangan, kerjasama semua pihak dan usaha bersungguh ini akan diteruskan pada tahun ini dalam usaha PPD Sibu Menjulangi Sarawak.

Takwim 2013

Posted by PPD SIBU on January 7, 2013 at 3:20 AM Comments comments (0)

Sebagai persediaan awal semua sekolah SM dan SR Bahagian Sibu, sila muat turun Takwim 2013. Sekiranya terdapat perubahan akan dimaklumkan dalam masa terdekat tentang tarikh. Kertas konsep pertandingan boleh dimuatturun. Salam dan selamat maju jaya.

Pertandingan Koir Patriotik Sekolah Sekolah Menengah peringkat negeri Sarawak 2012

Posted by PPD SIBU on July 6, 2012 at 3:50 AM Comments comments (0)

Pertandingan Koir Patriotik Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak 2012 kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan Jabatan Pelajaran Sarawak  telah dijayakan dengan cemerlang di Dewan SMK Methodist Sibu pada 6 Julai 2012.

Penangguhan Rasmi Oleh YB Dr Anuar Hj Rafaee ADUN N49 Nangka.

Keputusan : SMK Methodist Johan, SMK Tiong Hin Naib Johan dan Ketiga SMK St Elizabeth Sibu,

Johan membawa pulang Piala Kemenangan, Sijil Penyertaan dan Wang Tuanai RM 2000.00 Naib Johan  membawa pulang Piala Kemenangan, Sijil Penyertaan dan Wang Tunai RM 1000.00 Ketiga  membawa pulang Piala Kemenangan, Sijil Penyertaan dan Wang Tuanai RM 500.00. Mana kala  5 Pasukan lain masing-masing SMK kampung Nangka, SMK bandar Sibu, SMK Deshon Sibu , SMK Sungai Merah Sibu dan SMK Tung Hua Sibu mendapat hadiah sagu hati.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta.

MISI MENJULANGI SARAWAK

Posted by PPD SIBU on April 5, 2012 at 1:10 AM Comments comments (0)

Mesyuarat JK Kokurikulum Negeri memutuskan semua sekolah rendah dan sekoilah rendah di PPD Seluruh negeri Sarawak menjalankan 6 aktiviti utama kokurikulum

1. Karnival Bahasa Inggeris

2. Karnival Bahasa Malaysia

3. Karnival Seni dan Budaya

4. Karnival Kelab dan Persatuan

5. Perkhemahan Unit Badan Beruniform

6. Kursus Peningkatan dan Kepimpinan Murid

 


Rss_feed