Unit Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Sibu Tingkat 6 Wisma Persekutuan Lot 462, Persiaran Brooke 96000 Sibu Sarawak. Tel : 6084-330544 samb 207 Fax : 6 084-320964 Email : [email protected]

Berita Blog Post New Entry

Perlantikan Sebagai Tuan Rumah Pengelola Pertandingan Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Peringkat Bahagian Sibu Tahun 2016

Posted by PPD SIBU on March 18, 2016 at 12:20 AM

Sehubungan dengan itu kerjasama tuan/puan adalah sangat dihargai untuk mencadangkan serta pengesahan tarikh pengelolaan berpandukan tarikh cadangan PPD Sibu dan pertandingan peringkat negeri tahun 2016. Pihak sekolah tuan/puan dimohon menubuhkan jawatankuasa dan membuat perancangan serta melaksanakan aktiviti pertandingan .Memandangkan peruntukan kukurikulum yang sangat terhad, pengelolaan ini bergantung kepada kemampuan sekolah tuan untuk mengelola. Jika terdapat perubahan tarikh pengelolaan, sila maklumkan ke pejabat ini untuk penyelarasan dalam KADAR SEGERA.

Tahniah kepada yang telah mengelola. Pengalaman dan dedikasi pihak tuan/puan, pihak jabatan ini percaya , aktiviti –aktiviti berkaitan akan dilaksanakan dengan jayanya


Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

1 Comment

Reply PPD SIBU
1:22 AM on March 18, 2016 
Tugas dan Tanggungjawab
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB DALAM PELAKSANAAN TAKWIM KOKURIKULUM PERINGKAT BAHAGIAN SIBU & NEGERI SARAWAK TAHUN 2016
A SEKOLAH-SEKOLAH YANG AKAN MENYERTAI
1 Memastikan Menerima Surat Jemputan Penyertaan daripada sekolah Pengelola
2 Memahami Kandungan Surat Jemputan Penyertaan dan memuat turun kertas konsep di kkppdsibu.webs.com
3 Mengesahkan Penyertaan.
4 Menghadiri mesyuarat penyelarasan
5 Menghadiri Raptai Jika diperluka oleh sekolah pengelola
6 Hadir Ke Pertandingan, Penangguhan
7 Penghantaran pasukan hendaklah mengutamakan keselamatan, kebajikan dengan menggunakan Standard Operating Prosedur JPNS yang sedia ada. Kos penyertaan peringkat Zon, Bahagian dan Negeri adalah tanggungan pasukan sendiri.

B TUAN RUMAH PENGELOLAAN
1. Kesetiausahaan Majlis
Aspek yang merangkumi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kepentadbiran dan kepengelolaan sesuatu majlis seperti berikut.:
a)          Urusan surat menyurat,
b)          Penyediaan dan pengedaran kad-kad jemputan @ surat jemputan,
c)          Penyediaan dan pengedaran buku cenderamata
d)          Penulisan draf-draf ucapan, skrip pengacaraan dan sebagainya,
e)          Penyediaan sijil dan surat-surat penghargaan yang diselaraskan bersama PPD Sibu

2. Perancangan Majlis
Aspek ini merangkumi aktiviti-aktiviti seperti berikut
a)          Penyediaan Kertas Konsep Perlaksanaan, Kertas Cadangan Pelaksanaan dan Kertas Pelaksanaan.
b)          Mesyuarat-Mesyuarat Pelaksanaan
c)          Penetapan dan Penyusunan atur cara
d)          Penggubalan aturcara dan aliran pentadbiran majlis

3. Persiapan/Persediaan Tempat Majlis
Aspek ini merangkumi aktiviti-aktiviti seperti berikut:
a)        Pemasangan bendera / Hiasan Tempat dan sebagainya.
b)        Pemasangan gambar-gambar pemerintah dan pemimpin.
c)         Penyediaan dan penyiapan pentas, siaraya
d)        Penyusunan kerusi meja serta mengutamakan PELAN KESELAMATAN di tempat pertandingan.

4. Pengelolaan Majlis
Aspek ini merangkumi aktiviti-aktiviti berikut;
a)          Pelaksanaan aturcara termasuklah persembahan (jika ada)
" b)  Pemberian anugerah/hadiah/sijil-sijil (jika berkenaan) Tahun 2016 PPD Sibu hanya menyediakan Sijil
Pencapaian, Penyertaan, Penghargaan Guru pengiring dan Hakim kerana peruntukan Kokurikulum yang
SANGAT TERHAD. Tiada HADIAH berbentuk piala, medal akan disediakan oleh PPD Sibu bagi pertandingan
Peringkat Zon dan Bahagian."
c)          Pengacaraan Majlis ( Berdasarkan SKRIP)
d)          Jamuan (jika ada)
" e)          Sambutan ketibaan dan keberangkatan pulang para tetamu.(Jika mengundang orang-orang kenamaan,
S.O.P hendaklah mematuhi surat pekeliling atau surat siaran yang berkuatkuasa"

5. Penggulungan Majlis
Di antara pelbagai aktiviti yang terangkum dalam aspek ini termasuklah yang berikut:-
a)           Penulisan dan pengedaran surat-surat ucapan terima kasih
b)           Penulisan Laporan Pelaksanaan
c)            Mesyuarat Post Mortem
d)           Penutupan dan Penyiapan dokumen-dokumen pelaksanaan dan pengelolaan
e)           Pemantauan dan pelaksanaan langkah-langkah pembaikan (jika ada/perlu)