Unit Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Sibu Tingkat 6 Wisma Persekutuan Lot 462, Persiaran Brooke 96000 Sibu Sarawak. Tel : 6084-330544 samb 207 Fax : 6 084-320964 Email : kkppgsibu@yahoo.com

Kegiatan Kokurikulum’ ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan  daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah , mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.

Selamat datang ke laman web UNIT KOKURIKULUM Pejabat Pendidikan Daerah Sibu Sarawak. Tujuan laman web ini dibina ialah bagi memudahkan pihak kementerian, rakan-rakan warga pendidikan, ibu-bapa, murid-murid  dan orang ramai untuk mendapatkan informasi yang ada berkaitan Unit kokurikulum PPD Sibu.  Terdapat juga pelbagai bahan kokurikulum dan foto-foto aktiviti unit ini untuk kegunaan dan tinjauan guru-guru, murid-murid, dan orang ramai.  Laman web ini akan sentiasa cuba dikemaskinikan dari masa ke semasa.  Diharap laman Web ini akan mendatangkan manfaat kepada semua pengunjung-pengunjungnya.

Lawati kami juga di https://www.facebook.com/kkppdsibu/

TAKWIM KOKURIKULUM SR & SM DAERAH SIBU 2018- NEWs

1. TAKWIM KK SEKOLAH RENDAH DAERAH SIBU 2018 (KLIK DI SINI)

Semua SR dikehendaki melengkapkan perkara berikut sebelum 2 Februari 2018 untuk melengkapkan maklumat takwim daerah sibu.

a) Semua sekolah pengelola dilantik sila Masukan Tarikh Pengelolaan Aktiviti Pengelolaan KK 2018 pada Tapak Kemaskini Tarikh Akt KK 2018 SR. 

b) Semua sekolah sila Daftarkan Acara KK disertai sepanjang 2018 pada Tapak Kemaskini Daftar Acara SR.

c) Semua sekolah sila Daftarkan Nama Hakim vdari sekolah masing-masing  bagi setiap acara yang disertai sama ada hakim baru atau sedia ada pada Tapak Kemaskini Daftar Hakim SR.

 

2. TAKWIM KK SEKOLAH MENENGAH DAERAH SIBU 2018 (KLIK DI SINI)

Semua SM dikehendaki  melengkapkan perkara berikut sebelum 2 Februari 2018 untuk melengkapkan maklumat takwim SM daerah sibu.

a) Semua sekolah pengelola dikehendaki menyemak dan mengemaskini draft Perlantikan sekolah pengelola dan nama Pegawai Teknikal yang telah dilantik dari sekolah masing-masing sebelum tarikh tutup pengemaskinian 2 Februari 2018. (Rujuk Tapak Kemaskini Takwim & PT SM 2018 )

B)  Semua sekolah sila daftarkan Acara KK disertai sepanjang Tahun 2018 pada Tapak Kemaskini Daftar Acara SM .

c) Semua sekolah sila Wajib daftarkan Nama Hakim bagi setiap acara yang disertai sekolah masing-masing sama ada hakim sedia ada atau baru pada Tapak Kemaskini Daftar Hakim SM.

3. TAKWIM AKTIVITI KOKURIKULUM KEBANGSAAN 2018 (KLIK DI SINI) 

 4. LAPORAN Data RIMUP 2017 Sekolah Menengah  (Mohon SM Sibu Isi Sebelum 5 Februari 2018) 

Kertas Konsep Pertandingan Tambahan 2015-2016

Kertas Konsep Teka Silang Kata SR

Kertas Konsep Poetry Recitation SR

Kertas Konsep Scrabble

Kertas Konsep Nyanyian Solo Irama Malaysia 

Kertas Konsep Memasak SM . Tema Masakan 2016 : MENU SIHAT "SAJIAN ISTIMEWA IBU SAYA" 

Kertas Konsep Pertandingan Catan dan Seni Visual

KERTAS KONSEP BARU BAHAS BI 2016 New!

Pengisian Markah Kokurikulum 10% ke IPTA bagi calon SPM (PAJSK). STPM, STAM 2017/2018 Bagi Calon-Calon SPM,STPM dan STAM , Tahun 2017

Untuk makluman , penilaian 10 % markah kokurikulum merupakan penilaian penglibatan murid-murid dalam 3 bidang kegiatan kokurikulum (PLKN- Jika berkaitan) sebagai syarat kemasukan murid-murid ke IPTA sesi 2017/2018 . Bagi tahun ini penilaian markah kokurikulum 10 %  murid-murid / pelajar adalah 5 tahun (GPA) - Contoh Lampiran 1.1 https://emkoko.moe.gov.my/lampiran/dokumen2.pdf bagi Ting 5 penglibatan di dalam kegiatan kokurikulum (2012, 2013, 2014, 2015, 2016)  melalui PAJSK. Manakala bagi Ting 6 ialah 3 tahun (CGPA Tingkatan 5 tahun 2014, GPA 2015 & 2016) - Contoh Lampiran 1.3@4 https://emkoko.moe.gov.my/lampiran/dokumen3.pdf . Perkara 4.2 surat daripada KPM adalah dirujuk. Sila rujuk Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Sekolah Menengah  Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia  Edisi 2007 untuk penilaian.

 

....  TINDAKAN SEGERA

       Markah Kokurikulum 2016 bagi calon SPM, STPM dan STAM sekolah masing-masing ke sistem online selewat-lewatnya 15 Februari  2017 (PAJSK) & 31 Januari 2017 (STPM). Sila layari laman web KPM https://emkoko.moe.gov.my/

       TINDAKAN SUSULAN SEKOLAH

         1. CETAK SALINAN MARKAH CALON

          2. MENYEDIAKAN SIJIL PENCAPAIAN KOKURIKULUM CALON SEBAGAI BUKTI    PENGESAHAN.

Kertas Konsep Pertandingan Kokurikulum

Kertas Konsep boleh dimuatturun melalui laman sesawang ini. Kertas Konsep mengandungi kertas konsep pertandingan Bahasa Melayu, Pertandingan Bahasa Inggeris , Program Penggalakan Sains dan Perkhemahan.